fbpx

IPT terlibat Celik Madani digalak didik mahasiswa menyimpan, melabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah ketika berucap pada Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) diantara PNB dan Universiti Awam dan Universiti Berkaitan Kerajaan Program Celik Madani di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur di sini hari ini. SYAKIR RADIN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terlibat dalam program Celik Madani diseru untuk menggalakkan pelajar meningkatkan pelaburan dan membina tabiat menyimpan ketika usia muda.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, melalui kepimpinan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor, IPT disaran untuk memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan perancangan kewangan mereka dalam jangka masa panjang.

Katanya, menerusi program Cilik Madani itu, mahasiswa baharu akan diberi sumbangan dana pelaburan awal RM50 yang dikunci selama lima tahun.

“Jika diandaikan pulangan dividen sepanjang tempoh itu adalah sebanyak 5.5 peratus setahun, dan pelajar membuat simpanan tambahan RM20 sebulan selama empat tahun.

“Ini diikuti dengan simpanan RM100 sebulan ketika mula bekerja selama enam tahun dan mereka dijangka mampu mempunyai simpanan terkumpul melebihi RM10,000 dalam tempoh 10 tahun,” katanya pada majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian Program Celik Madani hari ini.

Terdahulu, Program Celik Madani itu menyasarkan penglibatan seramai sejuta pelajar IPT dalam tempoh lima tahun yang bermula September ini secara berfasa.

“Fasa pertama program ini melibatkan enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) telah memberi komitmen untuk melabur dana RM120 bilion bagi tujuan pelaburan langsung domestik dalam tempoh lima tahun akan datang, di samping pelaburan-pelaburan mereka di dalam pasaran modal awam bernilai RM440 bilion,” jelasnya.

Enam agensi terlibat, termasuk Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) akan menyumbang sebanyak RM25 dan kerajaan akan memadankan baki RM25 supaya setiap pelajar akan menerima RM50.

Amir Hamzah berkata, sebelum penghujung tahun 2025, fasa pertama Celik MADANI dijangka selesai dan akan memberi manfaat kepada 200,000 orang pelajar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI