fbpx

MCMC mahu penjelasan TikTok sekatan 18 akaun media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang berhubung dengan TikTok bagi mendapatkan penjelasan mengenai sekatan terhadap 18 akaun organisasi media tempatan baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, maklumat awal yang diterima daripada pihak TikTok menunjukkan sekatan tersebut dibuat kerana akaun-akaun berkenaan melaporkan kes cabul melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali.

“Masalahnya adalah kecerdasan buatan (AI) TikTok itu sendiri, di sini sedikit amaran, AI kadangkala dia boleh jauh tersasar, dia tak faham bahawa organisasi media pelaporannya berbeza daripada kandungan yang dihasilkan oleh orang biasa.

“Jadi saya telah minta supaya satu perbincangan diadakan dalam tempoh terdekat untuk memperhalusi fungsi akaun-akaun TikTok yang dimiliki oleh media supaya tak dikenakan tindakan sedemikian rupa di masa depan,” katanya selepas melancarkan kursus AI in the Newsroom anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan bahawa laporan berkaitan kes cabul tersebut merupakan laporan berita biasa dan tidak seharusnya menjadi isu yang menyebabkan sekatan.

“Pelaporan itu sepatutnya tidak menjadi masalah. Jadi di situ saya nampak masalah AI yang perlu TikTok jelaskan kepada kami dan kemudian jelaskan juga kepada syarikat-syarikat media,” ujarnya.

Tambahnya, TikTok kini meningkatkan penggunaan AI dalam penyederhanaan kandungan (content moderation), namun langkah itu kadangkala menyebabkan salah faham dan sekatan terhadap kandungan berita yang sah.

Semalam, sebanyak 18 akaun TikTok milik organisasi media tempatan termasuk akaun Kosmo! Online dikenakan sekatan kekal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI