fbpx

Sekeluarga cemas disamun perompak warga asing bersenjata parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Satu keluarga berdepan detik cemas apabila dirompak sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di rumah mereka di Bandar Baru Salak Tinggi di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, salah seorang mangsa turut diikat sebelum perompak dipercayai warga asing itu melarikan wang tunai dan barangan peribadi bernilai RM5,000

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan G Shan Gopal berkata, ketika kejadian enam orang berada dalam rumah berkenaan termasuk seorang pembantu rumah.

Beliau berkata, hanya seorang mangsa diikat, manakala yang lain tidak dicederakan.

“Rumah mangsa dipecah masuk melalui pintu belakang sekitar jam 3.30 pagi dan barangan peribadi seperti wang tunai serta barangan kemas dilarikan.

“Suspek dipercayai warganegara asing yang bergerak dalam kumpulan antara dua hingga tiga orang, bersenjatakan parang, berpakaian gelap, dan bertopeng,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, kumpulan perompak itu menyasarkan rumah yang berhampiran dengan kawasan hutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI