fbpx

Sanggup bawa anak kekasih ke ‘port’ lepas gian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Anwar (tengah) menemui sebahagian individu yang ditahan dalam Operasi Perdana AADK di Pejabat AADK Langkawi di Kompleks KDN, Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Seorang lelaki tempatan sanggup membawa anak kekasihnya yang berusia lapan tahun untuk melepaskan gian di sarang penagihan dadah di kawasan Taman Nilam, di sini semalam.

Tindakan lelaki berusia 47 tahun positif dadah jenis methamphetamine itu menjerat diri apabila dicekup Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama 24 individu lain disyaki terlibat dalam penagihan dadah di kawasan tersebut.

Mereka merupakan antara 115 individu yang ditahan dalam Operasi Perdana yang dijalankan di beberapa lokasi di pulau peranginan ini termasuk Bukit Malut dari pagi hingga malam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga warga emas berusia 61 tahun, 12 orang berusia antara 51 hingga 60 tahun, 24 orang berusia antara 41 hingga 50 tahun dan 57 orang berusia 19 hingga 40 tahun.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati seramai 96 daripada 115 individu yang ditahan positif dadah. Mereka didapati positif dadah jenis methamphetamin, opiat atau kedua-duanya sekali dan hanya seorang daripada mereka positif dadah jenis ganja,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat AADK Langkawi Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Kata beliau, kira-kira 80 individu ditahan di Bukit Malut dengan kebanyakan mereka bukan penduduk di situ, sebaliknya dipercayai mencari bekalan dadah di kawasan tersebut.

Tambahnya, Operasi Perdana berkenaan dilakukan bagi mengesan orang yang disyaki sebagai penagih dadah di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk dirawat pulih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI