fbpx

‘Tema raya 2025’ – Dottie ‘ditazkirah’ netizen bersinglet tanpa lengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dottie dikecam netizen kerana penampilan disifatkan seksi melampau oleh netizen.

PETALING JAYA – Pelakon Dottie dikecam teruk netizen apabila memuat naik video memaparkan dirinya dalam pakaian yang dianggap terlalu seksi melampau.

Menerusi rakaman dikongsi TikTok, Dottie atau nama sebenar Nor Syuhaida Abd Razak, 37, mengenakan singlet hitam dan seluar pendek atas lutut sekali gus mendedahkan bahagian lengan serta kakinya.

“Tema raya 2025: gemuk,” tulisnya.

Sakit mata dan disifatkan memalukan, perkongsian itu lantas menjadi bahan kecaman dan tazkirah netizen.

Lebih pedas, ada yang mendakwa pelakon filem Petua Nenek itu kini sendu dan terpaksa mencipta kontroversi dek kebulur perhatian.

“Kenapa perlu berpakaian begini? Rasa macam tak kena, sudah sudah la tu, awak bukannya muda lagi, bertaubatlah,” tegur seorang pengguna TikTok.

“Dottie memang berbakat, tapi kalau boleh, lebih elok berpakaian sopan, lagi pun apa sangat yang mahu ditunjukkan. Memalukan,” tambah seorang lagi.

“Dulu popular sebab bakat, sekarang dah sendu terpaksalah pakai seksi walaupun hauk,” luah seorang netizen.

Tidak cepat melatah, Dottie membalas komen dengan tenang dan terbuka.

Di sebalik kritikan, masih ada peminat mempertahankan Dottie dengan menyeru orang ramai agar tidak terus menghukum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI