fbpx

Bincang rasional jawatan dua pemimpin tertinggi PKR dipertandingkan – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika melancarkan penggunaan bas elektrik bagi program Bas Smart Selangor di Hentian Akhir Bandar, Seksyen 19, Shah Alam hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

SHAH ALAM – Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan perlu dibincang secara rasional bagi mengelakkan kesannya kepada kerajaan perpaduan.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana parti tersebut kini menjadi tunjang dalam penubuhan kerajaan apabila terdapat ramai pemimpinnya menganggotai Kabinet dan kerajaan negeri.

“Ada pelbagai reaksi, ada yang mahu terus dipertandingkan, ada yang mahu ia begitu (tidak dipertandingkan). Tetapi isunya bukan dipertandingkan atau tidak, sebaliknya kenapa ia harus dipertandingkan dan kenapa harus tidak dipertandingkan.

“Jadi, bagi saya mudah pihak yang bertanding akan dapat memperkukuhkan parti atau memperkemas gerak kerja dan meningkatkan lagi keutuhan, bolehlah.

“Tetapi, kalau pertandingan itu akhirnya menimbulkan perbalahan dan menggoyang parti dalam jangka masa panjang terhadap keutuhan kerajaan, kerana impakknya akan mempengaruhi kerajaan, saya rasa wajar dimusyawarahkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan penggunaan bas elektrik bagi program Bas Smart Selangor, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pimpinan parti untuk memutuskan sama ada dua jawatan tertinggi PKR akan dipertandingkan dengan beliau menghormati proses demokrasi serta tidak akan menganggu proses urusan itu.

Kata Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor, beliau berpendapat parti harus memberikan ruang agar wujudnya demokrasi dengan terbuka kepada mana-mana ahli ahli untuk bertanding.

“Namun, kita bincang secara rasional kalau ada yang hendak masuk (bertanding), masuklah. Tetapi, kalau ia tidak melibatkan perseteruan yang tajam, tak ada masalah,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada akan mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden PKR, Amirudin menyatakan belum memutuskan mengenainya,

“Seingat saya hanya tahun 2010 tidak terlibat dalam mana-mana pertandingan di peringkat pusat. Jadi, insya-Allah, saya akan bertanding di peringkat pusat. Cuma belum putuskan lagi jawatan. Mungkin sebelum puasa atau dalam satu dua hari selepas puasa,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI