fbpx

Kamardin hilang selepas ke Gua Beringin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamardin.

PADANG BESAR – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kawasan Gua Beringin di belakang rumahnya di Kampung Gua Beringin di Chuping dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan lelaki itu, Kamardin Pin, 61, kira-kira pukul 1.56 tengah hari semalam.

“Pengadu memaklumkan bahawa suaminya keluar berjalan kaki ke Gua Beringin yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah sambil membawa tali dan parang kira-kira pukul 8 pagi semalam.

“Walau bagaimanapun lelaki warga emas itu tidak pulang seperti biasa, menyebabkan keluarga bimbang dan membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini giat dijalankan di sekitar kawasan kejadian dengan bantuan penduduk kampung, anggota polis, Balai Bomba dan Penyelamat Arau serta pasukan Angkatan Pertahanan Awam Padang Besar.

Menurutnya, Kamardin sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Memandu Pauh sebelum berhenti pada November tahun lalu dan kini melakukan kerja kampung.

“Menurut pengadu, Kamardin juga menghidap masalah jantung yang menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatannya sekiranya tersesat atau mengalami sebarang komplikasi kesihatan,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini pasukan SAR berjaya menemui kasut dan tali berdekatan kawasan mangsa dilaporkan hilang dan pencarian diteruskan dengan lebih meluas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI