fbpx

Pemuda maut, kereta dipandu rakan terbabas tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta di Jalan Kampung Pulai Chondong, Machang hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

MACHANG – Seorang pemuda maut manakala dua rakannya cedera selepas kereta yang mereka naiki dipercayai terbabas di tepi jalan di Jalan Kampung Pulai Chondong di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Aliff Hasnan, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Zulhairy Zulkafli dan Che Danish Aqif Che Ayob yang juga masing-masing berusia 18 tahun mengalami kecederaan pada tangan dan kaki.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd. Nazri Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 3.34 pagi sebelum enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota bomba mendapati, seorang penumpang tersepit di dalam kereta jenis Honda Jazz yang dipandu oleh Zulhairy.

“Zulhairy dan Che Danish Aqif berjaya keluar dari kereta terbabit. Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan Muhammad Aliff yang tersepit di dalam kereta itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Nazri memberitahu, difahamkan, kereta terbabit sedang dalam perjalanan dari Kok Lanas ke Pulai Chondong sebelum dipercayai terbabas ke tepi jalan.

Katanya, kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas itu dihantar ke Hospital Machang di sini untuk proses bedah siasat dan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI