fbpx

‘Ambil inspirasi gaya, Aina Abdul bukan ikon fesyen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adzrin Azhar menyangkal dakwaan kononnya dia cuba meniru penampilan penyanyi terkenal, Aina Abdul.

SHAH ALAM – Penyanyi dan guru vokal, Adzrin Azhar menyangkal dakwaan kononnya dia cuba meniru penampilan penyanyi terkenal, Aina Abdul.

Tampil pada acara Gempak Most Wanted Awards 2024 dengan berbusana pelik persis Aina Abdul, kata Adzrin atau nama sebenarnya Noradzrin Azhar, 40, dia sekadar mengambil inspirasi.

“Sebelum ini orang selalu cakap muka saya macam Aina Abdul. Kata mereka wajah saya fotokopi Aina Abdul. Tetapi saya versi hitam putih. Kali ini orang cakap gaya saya macam Aina pula.

“Sebenarnya saya mengambil inspirasi daripada gayanya kerana Aina merupakan ikon gaya, dia bukan ikon fesyen. Kerana fesyen Aina tiada siapa pun boleh tiru.

“Aina memberi inspirasi kepada semua supaya menjadi diri sendiri dan pakai sahaja apa yang kau nak pakai,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun lagu Pujaan Malaya itu, dia sengaja memakai pakaian yang ‘extravaganza’ kerana sudah boleh mengagak kebarangkalian tewas dalam kategori Digital Creator Motivation/Educational agak tinggi.

“Saya sedar diri jika dibandingkan dengan calon-calon lain yang hebat-hebat. Jadi apa yang saya boleh lakukan adalah dengan mencipta penampilan diri yang ‘vazz’. Ibaratnya kalau nak turun kereta tu semua orang pandang,” kongsinya.

Disebabkan wajah serta gayanya yang persis Aina, penyanyi Noh Salleh sehingga tersalah sangka dan memanggilnya Aina Abdul sewaktu membuat persembahan.

“Momen tersebut sangat lucu. Noh yang sedang buat persembahan di atas pentas tiba-tiba beri mikrofon kepada saya dengan menyangka saya adalah Aina.

“Mesti Noh tertanya-tanya macam mana ‘Aina Abdul’ boleh hafal lagunya. Maaf sangat saya Aina Abdul versi order lain dapat lain,” katanya. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI