SEREMBAN – Cadangan penubuhan Pasukan Tindakan Khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan mekanisme agensi berkenaan dalam menjalani penguatkuasaan membabitkan kesalahan jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara tersebut (tubuh pasukan tindakan khas) dibawah kuasa Ketua Pengarah JPJ, bagi memantau keberkesanan pengkuatkuasaan terbabit.
“Saya sokong sepenuhnya, kerana beliau bertanggungjawab agensi di bawahnya. Jadi apa yang saya nak nanti adalah keberkesanannya.
“Apa-apa isu kena jawab dengan kementerian termasuk cadangan penubuhan pasukan ini,” katanya dalam sidang media pada Majlis Hi Tea bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parlimen Seremban dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah di Seremban di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 33 buah JPKK Parlimen Seremban dan 10 JPKK DUN Chennah melibatkan jumlah keseluruhan RM172, 000. – KOSMO! ONLINE