fbpx

Tiada laporan kejadian samun naik Bezza di Bangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laporan polis yang tular di media sosial, semalam.

KAJANG – Polis memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian samun melibatkan pasangan suami isteri seperti yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pada pukul 1.14 tengah hari tadi, pihaknya mengesan satu hantaran tular di Instagram @pekanbangi_oldtown yang memaparkan satu laporan polis serta nota perbualan kes samun.

Kejadian itu dipercayai menyebabkan sepasang suami isteri dan anak mereka cedera.

“Semakan telah dibuat dan mendapati tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian seperti yang ditularkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semakan Kosmo! menerusi hantaran yang dimuat naik akaun Instagram sama, pengendali media sosial itu memaklumkan kejadian berlaku antara Teras Jernang ke pekan Bangi.

“Mangsa adalah sepasang suami isteri serta anak mereka disamun dan dipukul oleh penjenayah yang dikatakan memandu sebuah kereta Perodua Bezza.

“Diharap anda semua lebih berhati-hati terutama apabila menggunakan laluan gelap dan sunyi. Semoga dipermudahkan segala urusan buat mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI