fbpx

3 anggota polis tular Ops Tapis dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup yang tular di Facebook.

PETALING JAYA – Tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dirakam keterangan susulan dakwaan melakukan serbuan tanpa mengikut prosedur dan pemerasan dalam Ops Tapis di Damansara di sini, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Kita membuka siasatan di bawah tatatertib. Setakat ini siasatan masih dijalankan,” katanya hari ini.

Terdahulu, Shahrulnizam berkata, pihaknya mengesan satu kenyataan dan video tular di Facebook pada pukul 1 tengah hari, 18 Februari lalu.

Katanya, kandungan yang dimuat naik pemilik akaun ‘En Abdul’ memaparkan video serbuan dilakukan empat anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Petaling Jaya.

“Polis mengesahkan serbuan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Darah Petaling Jaya di Pelangi Damansara pada 10 Oktober 2024 ketika operasi Ops Tapis.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam kejadian tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI