fbpx

Menjaga Jodoh Orang Lain ‘mendunia’, Ara bakal ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARA JOHARI

PETALING JAYA – Antara teruja dan syahdu, penyanyi Ara Johari bersyukur apabila lagu baharunya, la (MJOL) menduduki tangga pertama carta Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selama dua minggu berturut-turut.

Kata Ara atau nama lengkapnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 27, karya ciptaan komposer Indonesia, Ilham Baso itu disifatkan sangat berbaloi direalisasikan biarpun berdepan pelbagai cabaran.

“Alhamdulillah penat lelah saya dan pasukan berbaloi dan ini menjadi pemangkin semangat untuk saya mengeluarkan naskhah lebih baik pada masa akan datang.

“Saya juga gembira kolaborasi pertama bersama komposer dari seberang membuahkan hasil yang sangat membanggakan” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut penyanyi yang hampir sedekad berada dalam industri itu, lirik video dan audio MJOL yang dilancarkan pada 31 Julai tahun lalu juga kini meraih lebih 10 juta tontonan di YouTube.

Atas permintaan ramai, Ara kini dalam perancangan melebarkan sayap ke Indonesia bagi mempromosikan lagu tersebut.

“Kami masih dalam pelan awal bagi mempromosikan Menjaga Jodoh Orang Lain di negara jiran atas permintaan pendengar di sana.

“Mungkin akan ada sedikit kelainan daripada dendangan asal mengikut selera serta kesesuaian pasaran Indonesia.

“InsyaAllah jika tiada kekangan saya bersama pasukan bakal ke negara itu selepas sambutan Aidilfitri nanti,” ujarnya.

Begitupun, Ara mengakui kejayaan diraih sedikit sebanyak memberikan tekanan kepadanya untuk mencari bahan lebih baik buat lagu seterusnya.

“Sekarang kami masih dalam proses mencari bahan untuk lagu seterusnya. Sudah tentu agak stres mahu cari karya yang lebih baik.

“Saya harap dapat bekerjasama dengan komposer baharu dan tidak menolak jika diberi peluang mencuba genre berbeza,” ujarnya.

Sementara itu, Ara turut menzahirkan perasaan teruja beraksi di pentas mega Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024), malam ini.

Berlangsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), selain Ara selebriti lain yang memanaskan pentas ialah Datuk Shiela Majid, Zizan Razak, Hael Husaini, Amir Masdi, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Diskoria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI