fbpx

Kereta terbang elektrik ‘langkah’ kenderaan lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA terbang elektrik bergerak di California. - Foto X/@CollinRugg

WASHINGTON – Syarikat Alef Aeronautics menerbitkan rakaman  video memaparkan kereta terbang berkuasa elektrik bergerak di jalan raya sebelum berlepas secara menegak, lapor laman reka bentuk dezeen kelmarin.

Kereta Alef Model Zero itu kemudian terbang dan memotong kenderaan lain yang berada di bawahnya. Kejadian itu dirakam di sebatang jalan di California.

Aksi itu dilakukan semasa ujian penerbangan di San Mateo, Rabu lalu. 

Menurut Alef Aeronautics: “Ujian pertama dalam sejarah pemanduan kereta dan berlepas menegak di sebuah bandar.

“Ujian pemanduan dan penerbangan ini mewakili bukti penting teknologi dalam persekitaran bandar dunia sebenar,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alef Aeronautics. Jim Dukhovny.

Namun, ia dianggap sebagai kenderaan berkelajuan rendah dengan kelajuan memandu maksimum kira-kira 40 kilometer sejam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI