fbpx

Kakitangan awam AS wajib tulis laporan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail beberapa kakitangan awam AS. - Foto AFP

WASHINGTON – Semua kakitangan awam persekutuan mula menerima e-mel meminta mereka menjelaskan bentuk pekerjaan yang dilakukan pada minggu lepas, lapor saluran berita CNN semalam.

Namun, agensi keselamatan negara termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan beberapa jabatan persekutuan lain menasihatkan kakitangan mereka supaya tidak segera membalas e-mel itu.

“Apakah yang anda lakukan minggu lepas?”

“Sila balas e-mel ini dengan menyatakan kira-kira lima perkara yang anda capai minggu lalu,” demikian menurut e-mel daripada Sumber Manusia Pejabat Pengurusan Kakitangan tersebut tanpa disertakan tandatangan. 

Penghantaran e-mel itu berlaku selepas siaran media sosial oleh Elon Musk yang merupakan penasihat kanan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat ancaman terhadap pekerja sektor awam persekutuan supaya mereka mematuhi arahan.

“Selaras dengan arahan Presiden @realDonaldTrump, semua pekerja persekutuan akan menerima e-mel meminta mereka memberitahu apa yang dilakukan minggu lalu,” kata Musk di platform X.

Namun, e-mel itu tidak menyatakan bahawa kegagalan menjawab akan menyebabkan mereka perlu meletakkan jawatan. 

Tarikh akhir untuk menyerahkan jawapan ialah esok. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI