fbpx

Lelaki mengamuk tembak mati anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Hospital Pennsylvania. - Foto WHP

WASHINGTON – Seorang lelaki bersenjata menembak mati seorang anggota polis dan mencederakan lima yang  lain dalam kejadian di negeri Pennsylvania, lapor akhbar New York Post semalam.

Suspek yang dikenali sebagai Diogenes Archangel-Ortiz, 49, pula  mati ditembak polis semasa menyerang unit rawatan rapi sebuah hospital di Pennsylvania.

Dalam kejadian itu, dia menjadikan kakitangan Hospital Memorial UPMC sebagai tebusan sebelum polis tiba.

Anggota polis tersebut, Andrew Duart dari Jabatan Polis West York Borough terbunuh ketika berdepan Archangel-Ortiz yang mengikat tangan seorang kakitangan wanita.

Seorang doktor, jururawat, penjaga dan dua anggota polis  lain turut ditembak dan cedera semasa serangan itu, demikian menurut Pendakwa Raya Daerah York, Tim Barker.   

Barker berkata, lelaki bersenjata itu menghubungi unit rawatan rapi Hospital UPMC awal minggu ini untuk tujuan perubatan melibatkan individu lain.

Tiada pesakit cedera semasa insiden tembakan, manakala hospital lima tingkat dengan kapasiti 104 katil itu kini selamat, demikian menurut kenyataan Polis Negeri Pennsylvania. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI