fbpx

Sokongan Teraju Usahawan Johor, PUJB bantu Otak-Otak Mr. Noh tembusi pasaran Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Qashrie membuat pembentangan tentang pengoperasian syarikatnya dalam mesyuarat bersama Teraju Usahawan Johor dengan PUJB baru-baru ini.

PETALING JAYA – Teraju Usahawan Johor telah mengumumkan kerjasama strategiknya dengan dua buah syarikat bumiputera yang sedang meningkat naik iaitu Mr Noh Food Industries (M) Sdn. Bhd. melalui jenama produknya,  Otak-Otak Mr Noh dan juga Mak Besar Singapura.

Presidennya, Datuk Ismail Karim berkata, melalui kerjasama tersebut, ia akan dapat membantu usahawan di negeri ini memperluaskan rangkaian perniagaannya ke luar negara dan dimulakan di negara jiran seterusnya ke peringkat antarabangsa.

“Inisiatif ini akan meningkatkan lagi daya saing produk tempatan di pasaran luar,” katanya dalam kenyataan bersempena mesyuarat yang diadakan antara Teraju dengan Persatuan Usahawan Johor Bahru (PUJB).

Ismail menjelaskan, pihaknya sentiasa  komited dalam memberikan sokongan berterusan kepada usahawan tempatan melalui pelbagai program dan kerjasama strategik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam kalangan usahawan negeri Johor.  

Mengulas inisiatif berkenaan, Pengasas Otak-Otak Mr Noh, Mohammad Qashrie Md Noh berkata, ia akan dapat  membuka lebih banyak peluang untuk syarikat berkembang, khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran dan pengembangan rangkaian perniagaan. 

Jelas beliau, melalui sokongan PUJB, kami yakin jenama ini bukan sahaja dapat menembusi pasaran yang lebih luas, tetapi juga menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan Johor untuk maju ke hadapan.

“Selepas pertemuan ini, kami akan memperkukuhkan strategi pemasaran dengan lebih agresif, termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, memperluaskan jaringan peruncitan, serta memperkenalkan inisiatif francais bagi membuka lebih banyak peluang kepada usahawan Johor.

“Kami juga akan memanfaatkan platform digital dan e-dagang untuk memastikan Otak-Otak Mr. Noh terus menjadi pilihan utama bukan sahaja di Malaysia dan Singapura, tetapi juga di pasaran antarabangsa. 

“Dengan adanya sokongan daripada kerajaan negeri, kami yakin usahawan Johor dapat terus maju dan membawa nama Johor ke peringkat global,” terang beliau sambil merakam penghargaan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Exco Usahawan Johor, Mohd. Hairi Md Shah  atas komitmen mereka memperkasakan usahawan Johor menerusi Belanjawan Johor 2025. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI