fbpx

EPL: Villa mula nikmati prestasi Rashford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (kanan) dan Asensio membentuk gandingan terbaik ketika Villa bangkit mencatat kemenangan ke atas Chelsea awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery percaya pemain pinjamannya, Marcus Rashford mampu menghadirkan aksi lebih baik berbanding apa yang dijelmakan ketika membantu pasukan itu menewaskan Chelsea, awal pagi semalam.

Pada aksi di Villa Park itu, Rashford mencipta dua bantuan jaringan bagi memastikan kebangkitan Aston Villa yang meraih kemenangan 2-1.

“Kami mahu berikan sokongan dan membantunya berasa selesa berada di sini serta yakin. Kami juga mengharapkan sesuatu daripadanya dan dia kini sedang dalam proses untuk menjadi pemain yang lebih baik.

“Rashford mengharungi tempoh 45 minit yang cukup hebat dan kami mahu dia tampil lebih konsisten. Saya harap dia akan jadi pemain penting dan menuntut prestasi lebih baik lagi daripadanya.

“Paling penting buatnya adalah untuk berasa yakin dan selesa bersama kami, jadi untuk saya itulah objektif utamanya,” katanya.

Kedua-dua gol Villa dihasilkan seorang lagi pemain pinjaman, Marco Asensio dan kini Rashford sudah pun merekodkan tiga bantuan jaringan sejak ertai pasukan sebagai pemain pinjaman daripada Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI