fbpx

Ayah sudah stabil, saya tidak perasan ayah makin tua – Nina Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dibuat Nina di media sosialnya, hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan stabil setelah pengsan awal pagi semalam.

Menerusi perkongsian anaknya, Nina Ismail Sabri di Insta Stori hari ini, bapanya sudah sedarkan diri sejak tengah hari tadi.

“Pagi semalam saya dalam keadaan kebingungan, tetapi tengah hari tadi bapa semakin stabil. Alhamdulillah.

“Dia semakin sihat dan sudah sedarkan diri tengah hari tadi. Terima kasih kepada yang menelefon, menghantar mesej dan bertanyakan khabar bapa.

“Saya tidak mampu membalas semua (mesej), saya akan lakukannya selepas ini. Terima kasih semua,” tulis Nina.

Tambah Nina, ketika menunggu bapanya semalam, dia turut membelek foto-foto lama dan tidak perasan bahawa umur orang tuanya semakin meningkat.

“Ini gambar tahun 2014, saya tidak perasan dia (bapa) semakin tua, kita juga semakin tua.

“Ramai rakan-rakan saya yang sudah kehilangan ibu bapa mereka. Semalam saya terfikir berapa lama lagi saya akan berada dengan mereka (orang tua).

“Takut…jika terfikir bagaimana kehidupan saya tanpa mereka, saya terus berdoa semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur,” tulisnya sambil menunjukkan foto bersama bekas Perdana Menteri ke-9 itu.

Nina turut berpesan kepada pengikutnya di media sosial, sekiranya berasa kurang sihat segera ke hospital bagi mengelakkan perkara lebih buruk berlaku. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI