KUALA LUMPUR – Dua individu bergelar Datuk antara empat pegawai kanan bekas Perdana Menteri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Penahanan tersebut bagi membantu siasatan lanjut terhadap beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan empat pegawai kanan terbabit.
Pihak SPRM juga telah mendapatkan perintah reman ke atas suspek di Mahkamah Putrajaya.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha kepada suspek selama lima hari bermula Jumaat untuk tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini.-KOSMO! ONLINE