fbpx

200,000 pelarian Rohingya berlindung di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad bergambar Majlis Penyampaian Sumbangan kepada seluruh Masjid dan Surau Parlimen Rembau, di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.

REMBAU – Malaysia terpaksa menerima kedatangan pelarian Rohingya untuk berlindung di negara ini, yang kini sudah melebihi 200,000 orang.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, konflik dalaman yang berlaku di Myanmar sudah pun melangkaui sempadan negara dan ASEAN bersetuju terhadap keutamaan bagi memastikan pihak di negara tersebut untuk berhenti bertelagah.

Jelasnya, walaupun piagam ASEAN mengatakan kita tidak mencampuri hal ehwal negara masing-masing, tetapi isu dalaman di Myanmar ini telah melangkaui sempadan.

“Ia dah menjadi jenayah rentas, dah ada pemerdagangan manusia, scammer, cyber crime, dadah yang telah menjadi masalah kepada negara-negara jiran khususnya di Malaysia.

“Kita (sendiri) terpaksa menerima kedatangan orang Rohingya yang lari untuk berlindung di negara kita melebihi 200,000 orang. Jadi ini bukan kita nak campur tangan dalam hal ehwal negara rakan tapi dah jadi masalah kepada negara ASEAN,” katanya sempena Majlis Penyampaian Sumbangan kepada seluruh Masjid dan Surau Parlimen Rembau, di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, di sini, hari ini.

Menurutnya, ASEAN juga berharap agar penghantaran bantuan kemanusian di tempat memerlukan di Myanmar dapat sampai tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak berkepentingan di sana.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI