fbpx

Jari kanak-kanak putus angkara mesin basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu jari kanan Hafiq Qayyum Samsuddin yang putus akibat tersangkut di tali seluar di dalam mesin basuh yang sedang berputar di Perumahan Pekerja, Chaah baru-baru ini.

SEGAMAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cemas apabila jarinya terputus sewaktu meletakkan baju di dalam mesin basuh yang sedang berputar di Chaah, di sini baru-baru ini.

Menurut bapanya, Hafizan Hamdan, 39, anaknya, Hafiq Qayyum Samsuddin terputus ibu jari kanan selepas tali seluar tersangkut pada jari sewaktu mesin basuh berputar pada pukul 9.30 malam, 12 Februari lalu.

“Sewaktu kejadian, saya tiada di rumah. Anak memasukkan baju ke dalam mesin basuh yang sedang berputar. Selepas itu, dia berlari ke arah ibunya mengatakan jarinya luka kerana mesin basuh.

‘Isteri saya sangka hanya luka biasa lalu dia membalut (jari) kerana tidak banyak darah keluar. Selepas itu, kami membawanya ke Klinik Kesihatan Chaah dan doktor memaklumkan jarinya putus.

“Isteri terkejut kerana dia sangka hanya luka seperti yang diberitahu oleh anak memandangkan tidak banyak darah yang keluar sewaktu kejadian,” katanya ketika ditemui di Perumahan Pekerja, Chaah hari ini.

Hafizan memberitahu, anak kelima daripada enam beradik itu dikejarkan ke Hospital Segamat bagi mendapatkan rawatan. Doktor memaklumkan jari itu akan disambung semula.

“Saya pulang ke rumah sambil berdoa supaya menemui jari tersebut. Alhamdulillah saya menemuinya (jari) di dalam saluran air mesin basuh.

“Doktor cuba menyambungkan jari itu tetapi malangnya sudah terlambat kerana sudah kecut berikutan terendam lama dalam air mesin basuh,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI