JOHOR BAHRU – Seorang pemandu yang tidak dapat dipastikan identitinya rentung apabila kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan di Taman Setia Tropika, di sini awal pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi II, Mohd. Yazid Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.58 pagi sebelum tujuh anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa yang tidak dapat dipastikan identiti dan jantinanya telah maut akibat rentung di tempat duduk pemandu.
“Kenderaan jenis Honda City dinaiki mangsa berada dalam keadaan 90 peratus musnah terbakar dipercayai selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE