fbpx

Notis kekosongan DUN Ayer Kuning diserahkan kepada SPR Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menziarahi jenazah Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, di kediamannya di Desa Sri Ampang, Ipoh. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid akan menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning, Parlimen Tapah dekat sini kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Selasa ini susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin.

Katanya, perkara tersebut akan dimaklumkan kepada SPR secara rasmi mengikut Undang-undang Tubuh (Kerajaan Perak) dan Perlembagaan Negara.

“Insya-Allah miggu depan kita akan maklumkan kepada SPR sepertimana dulu pernah jadi di Dun Slim yang mana penyandangnya, Allahyarham Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib meninggal dunia.

“Kita akan maklumkan secara rasmi kepada SPR supaya proses yang sepatutnya mengikut Undang-undang Tubuh dan Perlembagaan Negara. Seawalnya, (penyerahan notis pada SPR) pada Selasa,” katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di kediaman keluarganya di Desa Sri Ampang di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI