fbpx

Kami kawan dah lama – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, selamat sembahyang jenazah.di Masjid An Nur Taman Desa Ampang. FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan Allayarham Ishsam Shahruddin sebagai pemimpin berjiwa rakyat selain mempunyai hubungan baik dengan beliau.

Katanya, beliau sudah lama mengenali Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning itu sejak Allahyarham terlibat aktif dalam sukan bola sepak.

“Kami kawan dah lama. Saya mengenali Allahyarham sejak dia menjadi pemain bola sepak lagi. Jadi sebelum menjadi ketua bahagian dan wakil rakyat lagi, kami memang sudah mengenali secara rapat.

“Malah semasa saya menjadi Ketua Pembangkang, beliau sering datang berjumpa, berbincang dan mengutarakan isu serta permohonan dari kawasannya,” katanya selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Desa Sri Ampang di sini hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak itu berkata, kali terakhir beliau bertemu Allahyarham pada Jumaat lalu semasa mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Ishsam dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri semasa bersalam dengan pemain pada Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, George Town kira-kira pukul 5. 20 petang semalam.

Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang pada pukul 6.28 petang hari sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI