fbpx

Depan ada jejantas, tetapi gadai nyawa lintas jalan hantar anak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ibu enggan menggunakan jejantas, memimpin anaknya melintas jalan besar untuk ke sekolah.

PETALING JAYA – Seorang pemandu marah dengan tindakan seorang wanita yang enggan menggunakan jejantas serta memperjudikan nyawa bersama anaknya melintas jalan besar untuk ke sekolah.

Kejadian itu dialami seorang lelaki dikenali sebagai Hariz Kasin yang nyaris melanggar wanita itu bersama anaknya di sebuah jalan raya di Jeram, Selangor semalam.

“Aku menulis ni dalam keadaan anxiety dan marah. Marah sangat-sangat. Sebab apa? Sebab pagi tadi aku hampir langgar seorang ibu dan anaknya nak ke sekolah. Kau orang nampak jejantas depan tu? Nampak depan kereta aku tu apa?

“Seorang manusia aku kira bergelar ibu nak hantar anaknya ke sekolah dengan melintas jalan besar tanpa guna jejantas yang ada depan mata. Memang tindakan paling bangang bagi seorang manusia bergelar ibu. Apa salahnya jalan depan sikit, naik jejantas tu baru seberang jalan.

“Tahu tak apa akan jadi kalau aku lambat perasan keberadaan manusia depan aku ni? Aku akan terlanggar dua manusia, mereka terpelanting ke kiri atau kanan, dilanggar pula kereta lain, kemungkinan besar dilanggar dua tiga kenderaan berturut-turut, kepala pecah, otak bersepai, badan hancur,” katanya pada hantaran Facebook.

Hariz berkata, sekiranya ibu dan anak tersebut meninggal dunia, dia sebagai pemandu akan dikecam teruk oleh orang ramai selain berdepan hukuman berat berdasarkan undang-undang di negara ini.

“Kemungkinan besar aku akan dipukul oleh keluarga mangsa, kenderaan aka akan dipecahkan oleh orang kampung dan aku akan didakwa.

“Jika sekali imbas gambar ni, mungkin tak ada apa yang pelik, tapi situasi sebenar memang menyebabkan adrenaline kau naik secara mendadak. Aku ceritakan situasi yang terjadi,” katanya.

Katanya, laluan tersebut biasa digunakan oleh ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah dan setiap kenderaan mereka akan berhenti di bahagian tengah lorong menukar laluan untuk masuk ke kanan.

“Setiap kenderaan akan mula masuk di laluan tengah jalan ni dalam 50 meter sebelum masuk simpang ke kanan. Orang tak ada otak, sejengkal lagi nak masuk simpang baru berhenti kat tengah tu,” katanya.

Lelaki itu berkata, ketika kejadian, terdapat kereta kebal turut melalui laluan berkenaan terpaksa mengelak ke kiri berikutan kehadiran ibu dan anaknya di situ.

“Jarak penglihatan agak terbatas disebabkan pagi masih gelap ditambah kabus pada cermin hadapan, ditambah pula kesan ‘water mark’ pada cermin hadapan.

“Bila kereta kebal depan tu tiba-tiba masuk balik ke laluan kiri, aku ingat pemandu tu pening, main telefon ke, rupa-rupanya mengelak dua manusia ni. Mujur jarak agak jauh aku dan kereta depan tu dapat lah aku berhenti awal daripada terlanggar mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI