fbpx

Hampir seluruh negara hujan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir di kebanyakan negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata,  negeri terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah serta Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Bagi Kedah amaran dikeluarkan di Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala cuaca buruk diramal berlaku di seluruh Pulau Pinang.

“Selain itu di Perak, cuaca buruk diramal melanda daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat juga diramalkan melanda Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan.

“Bagi Selangor, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Keadaan sama juga boleh berlaku di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau serta seluruh negeri Melaka,” kata kenyataan itu,

Tambah kenyataan itu, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka melanda Johor di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

“Bagi negeri Sarawak keadaan cuaca buruk dijangka melanda Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Limbang.

“Bagi Sabah, cuaca sama diramal berlaku di Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI