fbpx

Bilik siasatan jenayah narkotik musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bilik bahagian siasatan jenayah IPD TL musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di sini pagi tadi.

GEORGE TOWN – Sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di aras empat, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi itu dilaporkan tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.55 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bangunan kerajaan Kelas A dengan peratusan kebakaran 40 peratus.

“Api dapat dikawal pada pukul 8.15 pagi tadi dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi pemadaman juga turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dan Lebuh pantai,” katanya di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI