fbpx

Kerajaan Perak beri subsidi IVF RM4,000 bantu pasangan dapat anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kanan) pada Majlis Perasmian Pusat Pakar Rawatan Kesuburan Metro IVF Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA

 

IPOH – Kerajaan negeri memperuntukkan subsidi khas berjumlah RM600,000 buat 150 pasangan warga Perak yang mengalami masalah ketidaksuburan untuk memiliki cahaya mata menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF)

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, subsidi khas menerusi program Permata Perak dengan subsidi sebanyak RM4,000 bagi setiap pasangan tersebut boleh membantu meningkatkan kadar kelahiran di negeri ini.

“Saya dimaklumkan kaedah ini mampu meningkatkan kadar kejayaan sehingga 40-50 peratus bergantung kepada keadaan kesihatan dan faktor individu pasangan yang menerima rawatan,” katanya pada majlis perasmian Pusat Pakar Rawatan Kesuburan Metro IVF Ipoh di sini hari ini.

Saarani berkata, kos rawatan kesuburan tidak murah seperti kos IVF di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dianggarkan antara RM8,000 hingga RM12,000, manakala di pusat rawatan swasta boleh mencecah RM18,000 bagi satu kitaran.

“Meskipun terdapat pilihan dengan kos lebih rendah, kekangan kewangan masih menjadi halangan utama bagi ramai pasangan yang ingin mendapatkan rawatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI