fbpx

Pelajar lari asrama sekolah ditemui dalam bas di Marang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurkhairina Husna yang ditemui dalam sebuah bas di Bukit Payung, Marang hari ini.

BESUT – Pelajar perempuan yang menghilangkan diri dari asrama sebuah sekolah menengah agama pada kelmarin ditemukan selamat di Bukit Payang, Marang sebentar tadi.

Nurkhairina Husna Junaidi, 17, dicam beberapa penumpang lain sewaktu sedang menaiki sebuah bas di lokasi tersebut pada kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ibu remaja perempuan tersebut, Nor Aida Abd. Ghani, 37, berkata, anak perempuamnya kemudiannya dibawa ke balai polis berhampiran.

“Alhamdulillah, syukur kakak (Nurkhairina Husna) selamat. Terima kasih kepada mereka yang tampil membantu kami sekeluarga mengesan dia.

“Saya dan suami masih tidak pasti punca sebenar anak saya menghilangkan diri dari asrama sekolah. Biarlah dia menenangkan diri dahulu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, suami Nor Aida, Ahmad Firdaus Mohd Zain, 37, merayu bantuan orang ramai mencari Nurkhairina Husna yang hilang dari asrama sekolah pada pukul 11.30 pagi, kelmarin.

Beberapa jam sebelum kejadian, pelajar tingkatan lima menghubungi ibunya memberitahu tidak mahu berada di asrama sekolah dan meminta mengambilnya segera.

Nurkhairina Husna mahu memasuki asrama sewaktu sesi persekolahan baharu bermula Ahad minggu lalu setelah diwajibkan pengurusan sekolah sebagai persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI