fbpx

Bekas kapten Australia sertai Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MILLIGAN memiliki pengalaman sebagai penolong jurulatih di Adelaide United selain beraksi di peringkat tertinggi ketika bergelar pemain. – FB FAM

BEKAS kapten skuad kebangsaan Australia, Mark Milligan sedia untuk mencurahkan pengalaman untuk membantu revolusi skuad Harimau Malaya selepas dilantik menjadi penolong ketua jurulatih secara rasmi pada bulan ini.

Sebagai rekod, nama Milligan sudah dikaitkan dengan skuad Harimau Malaya sejak bulan lalu sejurus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kehadiran pengendali, Peter Cklamovski pada Januari lepas.

Milligan berkata, pengalaman yang ada sebagai bekas pemain profesional dan bekas penolong jurulatih pasukan Adelaide United diharap dapat menyuntik aura baharu buat Harimau Malaya menjelang kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

“Pengetahuan saya berdasarkan pengalaman beraksi di serata Asia sudah pasti bermanfaat kepada skuad kebangsaan Harimau Malaya.

“Saya melihat ia sebagai satu aset bukan sahaja untuk membantu persiapan pasukan kebangsaan malah untuk mencipta kejayaan,” katanya.

Mengulas lanjut, jurulatih berusia 40 tahun yang pernah membantu Socceroos menjuarai Piala Asia edisi 2015 mengakui bangga melihat pemain muda negara diberi peluang oleh kelab untuk beraksi pada peringkat tertinggi kejohanan di Asia.

“Perkara yang paling penting adalah kelab terus memberikan ruang kepada pemain muda ber­aksi dan saingan liga yang kompetitif bakal membantu pasukan kebangsaan,” katanya.

Milligan telah menjadi individu dari Australia ketiga me­nyertai Harimau Malaya selepas Cklamovski dan Dr. Craig Duncan selaku ketua prestasi tinggi dan perubatan sukan bermula awal tahun ini.

Difahamkan, FAM turut menyediakan satu lagi kuota tambahan untuk posisi penolong ketua jurulatih buat Cklamovski yang dikhususkan buat ‘anak tempatan’ dengan bekas penyerang legenda Terengganu, Hairuddin Omar mula dianggap calon utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI