fbpx

UCL: PSG, Liverpool bertemu awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PSG bakal menanti kunjungan Liverpool di Parc des Princes pada 4 Mac sebelum ke Anfield untuk aksi kedua pada minggu berikutnya. – AGENSI

LONDON – Kelab Paris Saint-Germain (PSG) bersedia menghalang impian Liverpool untuk melangkah jauh selepas diundi bertemu pada pusingan 16 terbaik saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bulan depan.

Kapten skuad PSG, Marquinhos mengakui pertembungan kedua-dua pasukan buat kali pertama sejak tahun 2018 itu cukup menarik untuk disaksikan kerana kualiti yang ada pada The Reds ketika ini agak berbeza.

“Saya rasa Liverpool memiliki pengalaman yang sangat hebat di pentas Eropah, tetapi kita tidak akan menyerah kalah. Ini adalah saingan UCL dan kita perlu berikan yang terbaik sepanjang dua perlawanan nanti.

“Jika kita mahu bergelar juara, sudah tentu kita akan menentang kelab yang terbaik dan saya harap rakan-rakan sepasukan bersedia untuk berikan sepenuh tenaga di atas padang,” katanya.

Sementara itu, pengendali Li­verpool, Arne Slot tidak terkejut selepas melihat pasukan diundi bertemu PSG yang dianggap sebagai salah satu pilihan untuk bergelar juara UCL musim ini.

“Apabila kita memasuki peringkat kalah mati, pasukan sudah tidak boleh mengelak lagi daripada bertemu kelab hebat seperti PSG dan mereka pastinya jadi pencabar utama kejuaraan kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI