fbpx

Tang Jie sedia ulang kenangan manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE-Ee Wei mahu menjadikan Terbuka Orleans sebagai medan kebangkitan selain platform persiapan ke All England.

PEMAIN beregu campuran negara, Chen Tang Jie sedia menamatkan kemarau kejuaraan dalam saingan Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelang kejohanan Terbuka Orleans di Perancis 4 hingga 9 Mac depan.

Tang Jie dan pasangannya, Toh Ee Wei memiliki kenangan cukup manis pada kejohanan itu memandangkan gelaran sulung mereka pada saingan Jelajah Dunia hadir ketika muncul juara Terbuka Orleans 2023.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata, mereka sedia untuk memberikan segala-galanya bagi mengulangi pencapaian tersebut dan tidak hanya menjadikan Terbuka Orleans sebagai persiapan ke kejohanan All England.

“Kami akan ke sana (Terbuka Orleans) nanti bukan hanya sebagai persiapan untuk All England kerana Orleans sangat bermakna buat kami berdua. Di situlah kami meraih gelaran (Jelajah Dunia) pertama.

“Memang itu satu kena­ngan manis untuk saya dan Toh (Ee Wei), jadi kali ini kami akan mengambil cabaran tersebut dan mengulangi pencapaian yang dibuat sebelum ini (menjadi juara),” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir gandingan No. 4 dunia itu meraih kejuaraan adalah ketika mereka memenangi kejohanan Terbuka Korea September tahun lalu selepas menewaskan Guo Xin Wa-Li Qian di perlawanan akhir.

23Tang Jie-Ee Wei pastinya mahu mara sekurang-kurangnya ke perlawanan akhir pada Terbuka Orleans selepas dua kali terkandas di separuh akhir musim ini ketika beraksi pada Terbuka Malaysia dan India Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI