fbpx

EPL: Guardiola hadapi masalah elak aib aksi di Etihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND mengalami kecederaan lutut ketika berdepan Newcastle dan mungkin terlepas aksi menentang Liverpool di Etihad tengah malam ini. – AFP

MANCHESTER – Misi Manchester City untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat pasukan terbaik berdepan cabaran apabila mereka mungkin tidak dapat menurunkan penggempur utama, Erling Haaland.

Menjelang aksi menentang Liverpool di Etihad tengah malam ini, pengendali pasukan, Pep Guardiola memberi bayangan bahawa Haaland mungkin tidak bersedia untuk diturunkan pada perlawanan kali ini selepas pemain itu juga terlepas aksi menentang Real Madrid sebelum ini.

Kehilangan Haaland ketika aksi di Santiago Bernabeu awal pagi Khamis lalu menyebabkan City terpaksa menanggung padah apabila tewas dengan agregat 3-6 sekali gus tersingkir daripada saingan ke pu­singan 16 pasukan terbaik buat kali pertama sejak lebih sedekad lalu.

Pemain antarabangsa Norway itu mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan ketika City mencatat kemenangan 4-0 ke atas Newcastle United minggu lalu dan kecedera­an tersebut dilaporkan masih belum pulih.

Guardiola mendedahkan bahawa Haaland tidak mampu untuk berjalan menuruni tangga kerana merasai kesakitan di bahagian lutut dan tidak dapat disahkan sama ada dia mampu beraksi menentang Liverpool.

“Erling cuba untuk turun menjalani latihan, tetapi kesakitan itu masih dirasai. Dia cuba untuk berjalan dengan normal, tetapi keadaan masih belum mengizinkan menyebabkan saya tidak dapat mengesahkan sama ada dia mampu untuk beraksi atau sebaliknya,” katanya.

Ketika ini, City ketinggalan 17 mata di belakang Liverpool yang muncul sebagai pendahulu ketika saingan musim ini berbaki 13 perlawanan, malah kekalahan pada aksi kali ini mungkin menyebabkan mereka kehilangan kedudukan keempat sekiranya Bournemouth meraih kemena­ngan.

Selain kehilangan Haaland, Guardiola juga berdepan kesukaran untuk membentuk skuad City yang benar-benar mantap apabila empat pemain tonggak­nya, Kevin De Bruyne, Bernardo Silva, Ilkay Gundogan dan John Stones gagal memberikan aksi yang konsisten. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI