TAK tergugat! Itu yang Diva boleh simpulkan tentang populariti Fattah Amin dan Bella Astillah ketika ini.
Mana tidaknya, sehingga hari ini Bella mahu pun Fattah masih menjadi buruan jenama dan produk popular sebagai wajah eksklusif mereka.
Pada awalnya ada yang beranggapan populariti mereka hanya sementara iaitu beberapa bulan sahaja tetapi lain pula berlaku sekarang.
Sudah menghampiri bulan Mac 2025 tetapi nama Fattah dan Bella terus meledak. Lain macam penangannya.
Ditambah pula mereka berdua ketika ini menjadi bahan bualan ramai susulan gosip cinta dengan Amira Othman dan Syed Saddiq. Makin menjadi-jadilah!
Tapi Diva tertanya-tanya, Bella dan Fattah tak penat ke, maklumlah tawaran kerja ‘back to back’. Bila agaknya mereka ada masa dengan keluarga? Mungkin juga momen begitu tidak dikongsi kepada umum.
Apa pun, betul ke Bella memang bercinta dengan Syed Saddiq? Sementara Fattah pula makin berani tinggalkan komen emoji hati pada Amira? Banyak betul persoalan tak terjawab ketika ini.
DIVA: Penatlah nak hadap perangai ‘kekwat’ pelakon lelaki generasi muda.