fbpx

Sudah-sudahlah kecam, Aina tak salah pun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENANG salah, kalah pun salah. Itu situasi yang dilalui Aina Abdul saat AJL39 melabuhkan tirai hujung minggu lalu.

SUDAH seminggu melabuhkan tirai tapi cerita tentang pemenang Anugerah Juara Lagu ke-39 belum lagi berakhir.

Bukan tentang pemenang Top 3 tetapi mengenai pemilik trofi Anugerah Persembahan Terbaik iaitu Aina Abdul.

Isu yang Diva nak kongsi bukan tentang perangai Aina sebaliknya lambakan kecaman diterima penyanyi itu.

Walau hanya menang satu kategori, kecaman yang diterima Aina sangat kejam dan adakalanya melampau-lampau.

Mana tidaknya, ada yang cakap dia tidak layak dan tak sepatutnya menang untuk edisi kali ini. Tanpa sedar, komen sebegitu boleh menjejaskan keadaan mental seseorang dan Diva tak tahu apa salah Aina sampai dia perlu hadap perkara sebegitu.

Perkara tersebut terus mencetuskan perbalahan dengan peminat fanatik Aina. Saling berbalas sehingga memetik nama beberapa penyanyi lain. Makin teruk pula.

Namun, ada juga komen yang Diva setuju iaitu netizen atau kelab peminat yang emosi berlebihan sedangkan artis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif pun.

Bagi Diva, seseorang selebriti yang ada rasa tanggungjawab perlu menasihatkan peminat mereka agar tidak terus berbalah dan melemparkan kata-kata negatif terhadap orang lain.

Penatlah lihat peminat bergaduh, sudah tahun 2025 tau!

DIVA: Penat tengok kehidupan ‘konten’ segelintir artis, makin diperhati makin menjadi-jadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI