fbpx

Suspek cabul pemegang kad OKU pembelajaran sejak kecil – JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman 7 hari sehingga 28 Februari bagi siasatan lanjut.

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan reman kerana mecabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, di sini, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).

Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati remaja itu mempunyai kad OKU kategori pembelajaran (Learning Disability) sejak kecil.

“Kita (JKM) serah pada polis untuk selesaikan siasatan dahulu.

“Kes baru berlaku dan suspek telah ditahan dan direman tujuh hari. Sekiranya polis ada keperluan, JKM akan beri kerjasama,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Terdahulu Kosmo! melaporkan lelaki itu direman bermula hari ini sehingga 28 Februari di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI