fbpx

Saringan jangkitan kusta Kg. Orang Asli Guntur ditunda minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan wartawan Kosmo! ke KOA Guntur, baru-baru ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

KUALA PILAH – Saringan jangkitan kusta terhadap penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Guntur, di sini, yang dijadualkan hari ini ditunda kepada satu tarikh minggu hadapan.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan/Melaka, Shahrani Idderis berkata, bagaimanapun pihaknya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa memantau tahap kesihatan masyarakat Orang Asli (OA) dari masa ke masa.

“Bukan hanya program pencegahan kusta, program pencegahan demam malaria turut diadakan di KOA bagi memastikan masyarakat ini akan terus dilindungi dari masa ke masa.

“Malah, kerjasama ini juga banyak membantu masyarakat OA memahami situasi penyakit tertentu dan seterusnya langkah yang perlu diambil mereka mengikut panduan yang telah diberikan KKM,” katanya sempena tinjauan ke KOA Guntur dan Chergun bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid, di sini, hari ini.

Dalam tinjauan berkenaan, keluarga yang terjejas turut menerima sumbangan bakul makanan keperluan harian.

Terdahulu, saringan penyakit kusta berkenaan bagi baki penduduk di Kampung Guntur oleh KKM dijadualkan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI