fbpx

Baru pakai seminggu, dah kena gunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang kasut sekolah yang digunting oleh individu tidak dikenali.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila kasut sekolah yang baru dipakai seminggu oleh anaknya menjadi mangsa perbuatan budak-budak nakal.

Melalui perkongsian wanita itu di laman Thread, kejadian itu berlaku semasa anaknya menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid semalam.

“Macam nak menangis tengok kasut sekolah anak kena gunting dengan budak-budak nakal masa solat Jumaat dekat masjid. Baru saja pakai seminggu,” katanya.

Dalam hantaran itu, wanita tersebut turut berkongsi sekeping gambar memaparkan keadaan kasut sekolah anaknya yang telah digunting.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna bersimpati dengan kejadian menimpa anak wanita tersebut selain mengecam tindakan pelakunya.

“Kenapalah dia buat macam itu ya. Didikan dari kecil tiada logik apa yang betul dan salah. Teori dosa pahala tak masuk dalam akal kot,” kata Moonie.

“Yang pembuli-pembuli ini tak tahu ke karma itu wujud? Harini kau buat orang, esok lusa perkara yang sama akan jadi dekat kau. Tak kat kau, keturunan kau. Fikirlah sebelum bertindak,” kata Budak Bunga.

“Ini bukan nakal dah, ini jahat sangat. Aniaya orang, lepas ini bawa selipar jamban tu siap-siap dalambeg plastik, jadi senang sikit masuk dalam beg sekolah,” kata Ainnur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI