fbpx

Ramai teruja, rupanya ini maksud sebenar Istana Abdulaziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Abdulaziz

PETALING JAYA – Orang ramai teruja dengan perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai maksud serta asal usul nama Istana Abdulaziz di Kuantan.

Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Adib Yaakub berkata, nama Abdulaziz tersebut diambil dengan menggabungkan nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Jelasnya, selama hampir 10 tahun tinggal di Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) di tidak mengetahui bahawa nama tersebut adalah gabungan pasangan Diraja Pahang itu.

“Dua hari lepas ada kawan saya tanya, kau tahu tak maksud Abdulaziz? Dia kata Abdulaziz ini adalah singkatan Abdullah dan Azizah.

“Selama hampir 10 tahun tinggal dan duduk di sini baru tahu maksud sebenar Abdulaziz tu. Sebab itu nama Abdulaziz itu bersambung, biasanya kalau nama orang dia akan jarakkan,”katanya dalam satu klip video.

Sementara itu, memetik laporan Bernama pada 31 Januari 2019, sebenarnya nama Abdulaziz yang digunakan pada istana yang dibina di atas bukit di Indera Mahkota di sini adalah kombinasi pangkal nama Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Hal itu diakui sendiri oleh Tunku Azizah ketika agensi berita berkenaan memohon perkenan untuk membuat artikel mengennai istana berkenaan.

“Baginda (Tunku Azizah) turut memaklumkan idea untuk menamakan istana berkenaan dengan nama Abdulaziz diperoleh ketika menunaikan haji bersama Al-Sultan Abdulah dan ia membawa maksud hamba Allah yang mulia,” katanya.

Istana yang terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari pusat bandar Kuantan, di atas bukit dengan keluasan tanah 17.2 hektar itu, dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan dan balai menghadap selain landskapnya yang memukau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI