fbpx

[VIDEO] ‘Terbayang gummy melekat dalam tekak, usus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video menunjukkan keadaan tekstur gula-gula gummy apabila diuli dalam lesung batu.

PETALING JAYA – Satu eksperimen yang dilakukan seorang individu ke atas gula-gula gummy mendapati ia menjadi seperti gam melekit apabila diuli dalam lesung batu.

Menerusi klip video yang dikongsi di laman Facebook Nur Ayumi, gula-gula itu kelihatan melekit dan berbahaya kepada usus apabila di makan terutamanya kepada kanak-kanak.

“Terbayang melekat-lekat kat tekak dan dalam usus perut. Nak halang orang jual susah, Jadi kita halanglah anak-anak dari beli ya,”tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan kebimbangan masing-masing tentang bahaya gula-gula terbabit.

“Tolonglah jangan cipta jajan pelik mcm ni semata-mata nak kaut untung, budak-budak tak reti bahaya. Benda nampak menarik memang anak-anak beli walaupun mak ayah tak bagi,”kata Sharmila Rosli.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ady Ishak.

“Haramkan benda ni dari dijual, kesian anak-anak, kalau benda tidak ada dalam kedai, tak ada sapa tahu apatah lagi beli,”ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sebelum ini dilaporkan kritikal akibat tercekik gula-gula gummy eye ball telah meninggal dunia, kira-kira pukul 11 malam kelmarin.

Berita sedih itu dikongsi ibu saudaranya, Siti Farhani Mohamad Fikri, 33, yang memaklumkan bahawa Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) menghembus nafas terakhir di sisi ibu bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI