fbpx

Peniaga maut, motosikal terbakar bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta Perodua Viva dan motosikal Honda EX5 yang terbakar selepas bertembung di atas Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang peniaga maut apabila motosikal ditunggangnya yang tidak lepas memotong sebuah kenderaan terbakar selepas bertembung dengan kereta di atas Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 malam itu, mangsa, Muhammad Adam Abdullah, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kencederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia dalam lingkungan awal 30-an yang melalui jambatan itu ketika dalam perjalanan dari arah Pasir Pekan menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dari arah bertentangan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan, namun gagal memasuki semula ke laluannya.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa bertembung dengan kereta jenis Perodua Viva tersebut.

“Penunggang motosikal terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, pemandu kereta itu mengalami kecederaan pada bahagian tangan dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI