fbpx

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid Batang Kali direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek direman seminggu bagi membantu siasatan cabul kanak-kanak di sebuah masjid Batang Kali semalam.

HULU SELANGOR – Lelaki tempatan berusia 19 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, di sini, semalam.

Lelaki itu direman bermula hari ini sehingga 28 Februari di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Difahamkan, suspek tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu pukul 10.45 pagi sambil diiringi polis bertugas.

Semalam, Kosmo! melaporkan suspek ditahan kerana disyaki mencabul budak perempuan yang sedang solat Subuh.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang sujud di belakang barisan jemaah wanita dan rakaman video televisyen litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan tersebar di media social.

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek berkopiah putih menyelinap masuk ke bahagian ruangan solat wanita sebelum memeluk mangsa dari arah dan membawanya keluar dari ruangan berkenaan.

Ketika itu, murid berkenaan sedang solat di saf belakang seorang diri dan ia tidak disedari jemaah wanita lain yang sedang sujud.

Bagaimanapun suspek melarikan diri selepas mangsa melawan perbuatan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI