fbpx

Agong selamat tiba ke tanah air selepas jalani rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang pukul 7 pagi tadi. FACEBOOK

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat tiba ke tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pukul 7 pagi hari ini.

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini serta pegawai-pegawai Istana Negara.

“Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang menitipkan doa buat kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut hantaran berkenaan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Yang di-Pertuan Agong selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’ (otot dan tulang).

Kesakitan itu berlaku akibat latihan ketenteraan intensif serta gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda terutama bermain polo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI