fbpx

Gaji RM2,500 tapi pakai kereta EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkongsian seorang pengguna Thread mengenai kenderaan yang dipakai olehnya mendapat perhatian ramai.

Perkara itu kerana, individu tersebut turut mendedahkan pendapatan bulanannya yang hanya memperoleh sebanyak RM2,500 sebulan.

Katanya, dia membeli kenderaan elektrik (EV) jenama antarabangsa tersebut kerana kereta berkenaan merupakan kereta idamannya selain tidak mahu menyesal di kemudian hari.

“Saya tidak mahu menyesal apabila saya tua. Saya percaya saya mampu membeli kereta idaman saya pada masa hadapan, tetapi saya yakin saya akan menyesal kerana tidak membeli BYD SEAL.

“Selain itu untuk membuat diri saya cemas bila melihat duit berkurangan di dalam akaun bank,” katanya.

Katanya, dia menggunakan duit simpanan sendiri sepenuhnya untuk memiliki kereta itu namun ibu bapanya perlu menjadi penjamin.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap perkongsian itu.

“Bagaimana? Saya bergelut dengan gaji RM3,500 tanpa hiburan dan makanan lazat dan hanya memandu Axia?,” soal Darren.

“Kalau tak buat, tak akan belajar sesuatu. Nikmatilah walaupun sekecil perkara,” kata redonez.

“Biar betul gaji RM2,500 pakai kereta ini? Berapa saja tinggal lepas bayar kereta?,” kata Adam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI