fbpx

Siapa lekat kod QR pada 1,000 kubur?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kod QR yang dilekatkan pada belakang batu nisan di sebuah tanah perkuburan di Jerman. - DPA

BERLIN – Penduduk bandar Munich, Jerman digemparkan dengan penemuan pelekat kod respon pantas (QR) yang diletakkan secara misteri pada lebih 1,000 kubur di sebilangan kawasan perkuburan, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Pelekat kod QR itu pertama kali dikesan beberapa hari lalu di tiga tanah perkuburan berbeza di bandar tersebut. 

Antaranya adalah tanah perkuburan Waldfriedhof, Sendlinger Friedhof dan Friedhof Solln.

“Apabila kod itu diimbas, ia hanya memaparkan nama si mati dan lokasi kubur tersebut. 

“Kod QR itu dilekatkan pada batu nisan yang berusia beberapa dekad serta kubur baharu.

“Kami masih belum menemukan individu bertanggungjawab di sebalik pemasangan ini,” kata pegawai polis, Christian Drexler. 

Tambah Drexler, pelekat itu boleh menyebabkan kerosakan pada kubur termasuk perubahan warna, manakala pelaku bertanggungjawab atas kerosakan harta benda. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI