fbpx

Dapat Mercedes dan banglo selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan hadiah mewah yang diberikan oleh suaminya selepas bersalin anak kedua. - Instagram

DUBAI – Seorang wanita di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengundang perhatian ramai apabila menerima pelbagai hadiah mewah daripada suaminya selepas bersalin anak kedua, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @malaikahraja memaparkan wanita itu menerima sebuah kereta jenama Mercedes Benz G Wagon dan banglo bernilai 2 juta dirham (RM2.4 juta). 

Dia juga dihadiahkan lapan beg jenama Dior berharga 100,000 dirham (RM120,383) setiap satu bersama gelang 80,000 dirham (RM96,307). 

“Saya turut menerima wang bulanan sebanyak 50,000 dirham (RM60,183) untuk membeli pakaian dan barang kemas berharga 70,000 dirham (RM84,256) untuk anak perempuan saya,” katanya dalam klip video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 15.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Sikap menunjuk-nunjuk adalah haram,” kata seorang netizen. 

“Anda (wanita berkenaan) berkahwin dengan suami anda kerana duit,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI