fbpx

Piala Cabaran: Selangor FC diberi kemenangan 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selangor FC menjadi pilihan untuk menjuarai trofi Piala Cabaran musim ini.

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC semakin hampir menamatkan penantian 10 tahun selepas diberikan kemenangan 3-0 ke atas PDRM FC pada aksi final pertama Piala Cabaran minggu lalu.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan membuat keputusan menjatuhkan hukuman kepada The Cops yang didapati bersalah menurunkan pemain tidak berkelayakan pada aksi di Stadium MBPJ itu.

Situasi tersebut menyaksikan skuad Gergasi Merah dihadiahkan kemenangan 3-0 dan membatalkan kemangan tipis 3-2 yang diraih minggu lalu.

“Pada perlawanan tersebut, PDRM FC memasukkan Mohd Safiee Ahmad sebagai pemain gantian pada minit ke-58, sedangkan pemain berjersi No. 32 itu sepatutnya menjalani penggantungan satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning iaitu pada Suku Akhir 1 menentang Melaka FC dan Separuh Akhir 2 bertemu Kedah Darul Aman FC.

“PDRM FC didapati bersalah kerana melanggar Artikel 57 (berkenaan ketidaklayakkan) yang dibaca bersama Artikel 32 (berkenaan perlucutan hak) dalam Kod Tatatertib FAM apabila menurunkan pemain tidak berkelayakan pada perlawanan tersebut.

“Sehubungan itu, PDRM FC dihukum dengan dilucutkan hak perlawanan dan dikira kalah perlawanan tersebut dengan keputusan 3-0 dan perlu membayar denda RM3,000.

“PDRM FC juga diberikan amaran keras dan hukuman lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu,” kata kenyataan tersebut.

Keputusan tersebut bermaksud PDRM FC wajib mencari tiga gol untuk menyamai defisit menjelang aksi final kedua di venue sama malam esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI