fbpx

Liga Europa: Man. United bertemu kelab pilihan dari Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manchester United masih berpeluang untuk meraih gelaran berganda apabila turut bersaing dalam kempen Piala FA musim ini.

NYON – Misi pasukan Manchester United untuk melangkah jauh pada kempen Liga Europa kali ini nampak sukar selepas diundi menentang Real Sociedad pada pusingan 16 terbaik yang dijadualkan berlangsung pada Mac depan.

Skuad The Red Devils kendalian Ruben Amorim dilihat terdesak untuk menamatkan saingan musim ini dengan landasan terbaik selepas bergelut dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sementara itu, satu lagi wakil EPL, Tottenham Hotspur menerima undian mudah apabila menentang kelab Belanda, AZ Alkmaar dan menjadi pilihan untuk menempah slot suku akhir.

Satu lagi perlawanan menarik melibatkan kelab gergasi Serie A, AS Roma bertemu satu lagi pasukan pilihan, Athletic Bilbao pada edisi kali ini. – KOSMO! ONLINE

UNDIAN PENUH LIGA EUROPA

Bodo/Glimt lwn Olympiakos

Fenerbahce lwn Rangers

Ajax lwn Eintracht Frankfurt

FCSB lwn Lyon

AZ Alkmaar lwn Tottenham

Real Sociedad lwn Manchester United

Viktoria Plzen lwn Lazio

AS Roma lwn Athletic Bilbao

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI