fbpx

Antara nilai kemanusiaan dan kesalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
SUHANA MD. YUSOP
PENGARANG BERITA

MINGGU lalu, tular kisah Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang tidak meneruskan tindakan terhadap seorang suri rumah selepas dia dikatakan mencuri barangan bernilai RM58 di sebuah pasar raya.

Barang ditemui bersama ibu kepada tiga anak itu adalah penampal penyejuk suhu badan, kek pandan serta sosej.

Apa yang dilakukan oleh Nik Ezanee bukannya menghukum, tetapi dia tampil membantu ibu berusia 30-an itu dengan menghulurkan bantuan makanan.

“Sebaik menerima laporan kejadian terbabit, saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia tidak akan buat perkara-perkara tersebut,” katanya.

Menurutnya, mencuri memang satu kesalahan tetapi menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul.

Wanita berkenaan sebelum ini mengambil upah menjaga anak orang dan menjual ais krim, namun dia dan suaminya juga yang bekerja sebagai pembaik pulih lif, hilang mata pencarian susulan pelaksanaan PKP.

Suri rumah itu turut menginsafi kesalahannya dan mengakui dia tidak berfikiran secara waras apabila melakukan tindakan berkenaan.

Penulis teringat satu kisah yang juga tular apabila seorang pegawai polis berpangkat Sarjan membantu seorang bapa yang dikatakan mencuri dua bungkusan roti bernilai kurang RM10 untuk diberi kepada anaknya berusia lima tahun yang kelaparan.

Lelaki itu terpaksa mencuri selepas dua hari hanya memberi anaknya makan keropok bagi menghilangkan rasa lapar.

Benar kata sarjan itu, kisah yang berlaku ini sebenarnya mahu melihat apa yang boleh kita lakukan dikala mengetahui orang lain hidup dalam kesusahan.

Tengok, dengar atau sekadar ucap kasihan agar mereka juga punya makanan untuk disuap ke mulut.

Sebagai seorang manusia dan juga ibu, penulis tersentuh dengan tindakan dua pegawai polis berkenaan.

Tiada ibu atau bapa sanggup mendengar rintihan anak-anak yang kelaparan, pastinya mereka akan usahakan walaupun sesukar mana.

Tepuklah dada dan tanyalah hati, sama ada kita tegar membiarkan atau membantu setakat yang mampu.

Kepada yang susah, kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemasyarakat, zakat, malah ada masjid yang menyediakan food bank pada yang memerlukan.

Benar, ada yang risau apabila tidak meneruskan tindakan akibat perbuatan mencuri boleh menjadi ikutan pada individu lain, namun perkara itu tidak seharusnya terjadi.

Pada hemat penulis, ini salah satu cara terbaik pihak polis untuk mendidik masyarakat. Setiap kesalahan jenayah itu, ada penceritaan dan kisahnya.

Bagaimanapun, jadikan kisah ini satu pengajaran. Ujian atau musibah yang berlaku kepada orang lain sebenarnya ujian kepada diri kita.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI